Tuesday, August 25, 2009


Langkah pencegahan kaedah terbaik
Usaha sekat penularan wabak Influenza A (H1N1)

Kematian akibat jangkitan Influenza A (H1N1) semakin meningkat setiap hari. Pelbagai usaha dijalankan bagi menyekat penyebaran penyakit itu. Bagaimanapun, mungkin berhasil tanpa kerjasa semua pihak untuk menghentikan penyebaran Influenza A(H1N1) dan mencegahnyya pada peringkat awal. Secara amnya Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit disebabkan sejenis virus baru yang terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia. Gegala awal jangkitan babi adalah demam dan satu daripada gejala seperti batuk, sakit badan, sakit tekak, sukar bernafas, sakit badan dan kadangkala muntah atau cirit- birit.

Bagaimana Influenza A (H1N1) berjangkit?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar di udara. Seterusnya, seorang akan dijangkiti sama ada menerusi pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan tercemar dengan titisan cecair pesakit. Tempoh orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini ialah selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini, biasanya sehingga tujuh hari dari tarikh mula mengalami gejala ini.

Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini dalam tempoh lebih lama. Jika anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selsema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam. Ketika berada didalam, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah berikut.




Monday, August 17, 2009





Mesyuarat Pewakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Alor Gajah 2009
berjalan dengan lancar.

Senator Sharifah Azizah Syed Zain menyarankan, Wanita UMNO perlu mendekati hati rakyat dengan membina minda baru iaitu ' Jalinan Rakyat' untuk merapatkan silatulrahim orang melayu kepada UMNO. Dengan kaedah jalinan rakyat, ia lebih berkesan jika dibandingkan dengan konsep K-10 yang pernah diamalkan oleh Wanita bagi tujuan yang sama. "Oleh itu, Wanita yang menjadi tonggak kestabilan UMNO hendaklah meneruskan perjuangan menghadapi sebarang cabaran terutama dari parti pembangkang.
"Jangan kita ketepikan semangat juang para pemimpin terdahulu, kerna merka berjuang lebih kepada kepentingan parti daripada kepentingan diri sendiri dan kini UMNO tidak segagah seperti dulu lagi," katanya merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah.
Ujarnya, Wanita harus bertindak segera memberi keyakinan kepada masyarakat terutama orang Melayu bahawa UMNO masih releven ke arah matlamat untuk membela bangsa, agama dan negara.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah, Norpipah Abdol berkata, Wanita perlu terus memainkan peranan penting bagi kekuatan dan keutuhan parti. Katanya, Wanita UMNO sentiasa gigih menjayakan program diperingkat akar umbi, tetapi perlu berbakti dan brkorban demi kepentingan UMNO untuk memperjuangkan demi membela agama, bangsa dan tanahair.
Norpipah yana juga Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia berkata, komitmen Wanita sentiasa mengoborkan semangat perjuangan dengan satu tekad mendukung tanggungjawab " 1Malaysia" yang menjadi matlamat perjuangan Wanita hari ini.




KEMPEN AMALKAN 7 LANGKAH MENCUCI TANGAN TAHUN 2009 PERINGKAT NEGERI MELAKA

JULAI 09-Norpipah Abdol hadir mewakili Y.A.BHG. Datin Seri Datuk wira Hjh Asmah binti Abdul Rahman merasmikan Kempen Amalkan 7 Langkah Mencuci Tangan 2009 Peringkat Negeri Melaka. Y.A.BHG Datin Seri berharap, kempen ini adalah sebagai salah satu langkah bagi menerapkan amalan mencuci tangan dengan cara yang betul di kalangan masyarakat kita. Adalah diharapkan melalui kempen ini amalan tersebut bukan menjadi ikon untuk iklan-iklan di television tetapi dapat menjadi amalan seharian dan menjadi budaya masyarakat di negara ini.

Amalan 7 langkah cuci tangan yang sering diwar-warkan oleh iklan-iklan di TV dan juga poster-poster adalah teknik membasuh tangan yang betul. Ia amat mudah untuk diamalkan. Walau bagaimanapun ia masih belum menjadi amalan dan budaya hidup masyarakat kita.Teknik 7 langkah cuci tangan telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu WHO dan ia telah terbukti secara saintifik sebagai teknik yang betul untuk menyingkirkan kotoran daripada tangan. Amalan ini telah diiktiraf sebagai teknik yang paling berkesan dari aspek pencegahan penyakit berjangkit.

Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Jabatan Pelajaran ingin menerapkan amalan yang baik ini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian terutama di kalangan murid-murid sekolah. Kita sedia maklum kanak-kanak kecil amat mudah untuk dibentuk sahsiah dan ilmiahnya. Dengan didikan awal ini adalah diharapkan ia akan berterusan menjadi amalan hidup mereka. Kanak-kanak pada masa kini juga lebih bijak, lebih keletah dan lebih terbuka untuk menunjukkan perkara-perkara baru yang mereka pelajari kepada ahli keluarganya.

Justeru, kanak-kanak ini boleh dikategorikan sebagai agen perubahan yang mampu menganjakkan paradigma dengan memberi maklumat serta menarik kepada ahli keluarga, rakan sekelas, sahabat handai mengenai kepentingan mencuci tangan yang betul. Kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua murid-murid sekolah mengenai kepentingan mencuci tangan bagi mengelakkan dan mencegah jangkitan penyakit berjangkit seperti keracunan makanan, penyakit influenza A H1N1, penyakit kaki tangan dan mulut dan penyakit-penyakit lain yang boleh berjangkit melalui tangan yang dicemari oleh kuman.
Pada masa ini, dunia digemparkan dengan wabak influenza A H1N1. Setiap individu di seluruh dunia diminta untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan kebersihan diri bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh wabak tersebut. Salah satu amalan yang dianjurkan adalah dengan mencuci tangan sebaik-baiknya bagi menghindari penyebaran wabak penyakit tersebut.

Begitu juga dengan kejadian keracunan makanan. Statistik telah menunjukkan kes-kes keracunan makanan di sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Salah satu penyebab kejadian keracunan makanan adalah apabila murid-murid di sekolah tidak membasuh tangan langsung atau membasuh tangan dengan cara yang tidak betul sebelum makan.





Sunday, August 16, 2009



500 Orang Menghadiri Majlis Mesra Di Kampung Sg. Petai.



Pada 9 Ogos, kira-kira 500 ahli kariah Masjid al-Ehksan Kg. Sg petai hadir di Masjid Ramah Mesra Silatulrahim di Majlisid itu bertujuan merapatkan hubungan dan perpaduan para pemimpin dan ahli kariah kampung berkenaan, di mana majlis turut mengadakan solat maghrib, bacaan yasin, dan tahlil serta zikir semoga mendapat rahmat dan kerkat Allah S.W.T.
Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, datuk Abd Ghafaar Atan berkata, majlis ini harus menjadikan contoh yang baik kepada orang melayu kerana sejak akhir-akhir ini orang melayu tidak bersatu walaupun berada dalam kariah yang sama. " Oleh itu, tisak guna ahli kariah bersengketa sesama sendiri, padahal agama menuntut kita bersatu dan berbincang demi kebaikan orang melayu dan agama Islam supaya harapan kita, hidup aman damai dan bahagia,".
Terdahulu, Ketua Wanita Pergerakan Wanita UMNO Wanita Bahagian Alor Gajah Norpipah Abdol berharap, usaha menyatukan masyarakat kampung ini akan berhasil lebih-lebih lagi majlis bersempena sambutan bulan Syaaban.

Wednesday, August 12, 2009

SEMINAR ANJURAN PERZIM DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PEMBAGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MENERUSI JABATAN PEMBAGUNAN WANITA NEGARA.

11 Ogos- Karisma golongan wanita di dalam pelbagai bidang berjaya menjadikan Malaysia lebih dikenali dan dihormati. Kejayaan beberapa tokoh wanita dalam bidang lakonan,sukan, dan pentadbiran seperti Datuk Michelle Yeoh, Datuk Nicol David, Datin Paduka Sharifah Mazlina dan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membuktikan wanita Malaysia setaraf dengan tokoh-tokoh wanita di dunia.

Seramai 300 peserta menyertai seminar anjuran PERZIM dengan kerjasama Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Pembagunan Wanita Negeri. Program sehari itu akan membentangkan lima kertas mengenai peranan wanita dalam pembagunan negara termasuk mengenai sejarah perjuangan wanita dalam mencapai kemerdekaan.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga pengarah perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Wira Hambin Abdollah, pengurus Besar PERZIM, Khamis Abas, Pemangku Pengarah Jabatan Pembagunan Wanita Negeri, Irine Anak Andrew Ganggang, dan Pejuang Kemerdekaan Malaysia, Datuk Fatimah Ahmad.


Wednesday, August 5, 2009







KEM MENJAWAB SOALAN CEPAT DAN TEPAT


Kem ini telah disertai dari pelajar-pelajar dari darjah 6 (SK Sg Petai) yang akan menduduki Peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Program sebegini memberi pendedahan kepada para pelajar mempelajari teknik-teknik menjawab soalan secara cepat dan tepat turut hadir Yb Hjh Norpipah Abdol selaku ADUN Kawasan Rembia merasmikan penutup KEM Menjawab soalan Cepat dan Tepat di SK Sg petai pada 1 Ogos (Sabtu ). Norpipah berkata, mengharapkan para pelajar dapat memafaatkan apa yang telah di pelajari agar dapat mengunakannya pada menjelang peperiksaan nanti. Parapelajar juga di nasihatkan menjaga kesihatan agar dapat mejawab soalan dalam keadaan baik, kerna sepertimana seluruh negara ketahui wabak H1N1 yang semakin tersebar menimbulkan kebimbangan semua lapisan masyarakat. oleh itu para pelajar hendaklah mengikut langkah-langkah pencegahan seperti mengamalkan kebersihan diri, kurangkan menghadiri majlis keramaian, mendapatkan rawatan kita mengalami selsema, batuk, demam dan sebagainya.