Monday, August 17, 2009





Mesyuarat Pewakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Alor Gajah 2009
berjalan dengan lancar.

Senator Sharifah Azizah Syed Zain menyarankan, Wanita UMNO perlu mendekati hati rakyat dengan membina minda baru iaitu ' Jalinan Rakyat' untuk merapatkan silatulrahim orang melayu kepada UMNO. Dengan kaedah jalinan rakyat, ia lebih berkesan jika dibandingkan dengan konsep K-10 yang pernah diamalkan oleh Wanita bagi tujuan yang sama. "Oleh itu, Wanita yang menjadi tonggak kestabilan UMNO hendaklah meneruskan perjuangan menghadapi sebarang cabaran terutama dari parti pembangkang.
"Jangan kita ketepikan semangat juang para pemimpin terdahulu, kerna merka berjuang lebih kepada kepentingan parti daripada kepentingan diri sendiri dan kini UMNO tidak segagah seperti dulu lagi," katanya merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah.
Ujarnya, Wanita harus bertindak segera memberi keyakinan kepada masyarakat terutama orang Melayu bahawa UMNO masih releven ke arah matlamat untuk membela bangsa, agama dan negara.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah, Norpipah Abdol berkata, Wanita perlu terus memainkan peranan penting bagi kekuatan dan keutuhan parti. Katanya, Wanita UMNO sentiasa gigih menjayakan program diperingkat akar umbi, tetapi perlu berbakti dan brkorban demi kepentingan UMNO untuk memperjuangkan demi membela agama, bangsa dan tanahair.
Norpipah yana juga Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia berkata, komitmen Wanita sentiasa mengoborkan semangat perjuangan dengan satu tekad mendukung tanggungjawab " 1Malaysia" yang menjadi matlamat perjuangan Wanita hari ini.