Tuesday, August 25, 2009


Langkah pencegahan kaedah terbaik
Usaha sekat penularan wabak Influenza A (H1N1)

Kematian akibat jangkitan Influenza A (H1N1) semakin meningkat setiap hari. Pelbagai usaha dijalankan bagi menyekat penyebaran penyakit itu. Bagaimanapun, mungkin berhasil tanpa kerjasa semua pihak untuk menghentikan penyebaran Influenza A(H1N1) dan mencegahnyya pada peringkat awal. Secara amnya Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit disebabkan sejenis virus baru yang terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia. Gegala awal jangkitan babi adalah demam dan satu daripada gejala seperti batuk, sakit badan, sakit tekak, sukar bernafas, sakit badan dan kadangkala muntah atau cirit- birit.

Bagaimana Influenza A (H1N1) berjangkit?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar di udara. Seterusnya, seorang akan dijangkiti sama ada menerusi pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan tercemar dengan titisan cecair pesakit. Tempoh orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini ialah selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini, biasanya sehingga tujuh hari dari tarikh mula mengalami gejala ini.

Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini dalam tempoh lebih lama. Jika anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selsema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam. Ketika berada didalam, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah berikut.