Wednesday, September 30, 2009


Di sekitar Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2009 di Kompleks JAPERUN Rembia.






















































Tuesday, September 29, 2009

Gambar di sekitar Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
dan Ceramah Agama

Hampir 120 yang menyertai Majlis Tadarus dan Khatam Al- Quran dan Ceramah Agama di Masjid Al-Rasyidin. Peserta yang menyertai turut di beri cenderhati dan bubur lampuk sebagai buah tangan untuk peserta.












Wednesday, September 9, 2009

Apa yang perlu dilakukan ketika menziarahi sanak saudara pada Aidilfitri?


*Pakai penutup mulut dan hidung jika sakit.

*Elakkan daripada berhubung rapat dengan mereka yang mengalami gejala selesema.

* Amalkan gaya hidup sihat, makan secara sihat dan sentiasa melakukan senaman.

Apapun pencegahan adalah lebih baik dan kerjasama semua pihak diperlukan untk Influenza A(H1N1). Bersama Hentikan Influenza A (H1N1). Pesanan ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat sakit teruk/ komplikasi
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat virus ini adalah:
* Kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.
* Mereka yang berusia lebih 65 tahun.
* Kanak-kanak dan remaja (kurang dari 19 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi tempoh lama.
* Wanita hamil.
* Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit saraf, dan gangguan metabolik seperti diabetis.
* Orang sewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubat-ubatan tertentu, pesakit kanser, HIV dan sebagainya.
* Penghuni pusat kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain.
* Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)

Penjegahan umum:

Secara umunya, orang ramai mesti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, terutama selepas batuk atau bersin tangan atau sebelum menyentuh, mata, hidung, dan mulut. Elakkan kerap menyentuh, mata, hidung dan mulut. Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang digunakan di tempat betul. Jika anda menpunyai gejala selsema, pakaian penutup mulut dan hidung jika terpaksa keluar rumah.Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elakkan daripada pergi ke tempat sesak, terutama pasar malam dan pasar raya, jika tiada keperluan. Semperna tiba Ramadan ini, elakkan pergi ke tempat sesak seperti pasar Ramadan jika tiada keperluan. Bagi yang mahu mengerjakan solat Tarawih pula, bawa tisu bersama-sama, jika bersin tutup mulut dengan tisu.