Tuesday, January 26, 2010


SMK Dol Said
mempunyai pencapaian keputusan PMR tertinggi dalam DUN Rembia, dengan jumlah 30 pelajar yang cemerlang bagi tahun 2009. YB Datuk Hjh Norpipah telah menyampai sumbangan dan sijil penghargaan kepada pelajar dan pihak sekolah pada 18 Januari 2009 bertempat SMK Dol Said turut melancarkan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) di sek tersebut. Hadir sama, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah, Zahiran Yahya; Pengetua Kanan SMK Dato, Dol Said, Khalijah Abdul Rahman; Yang Dipertua(YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Dr. Ihsan Osman serta para pelajar SMK Dato' Dol Said.

Monday, January 25, 2010





9 Januari 2010 Majlis Malam Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan Sedekad Mohd Ali sebagai ketua Menteri. Lebih 600 tetamu hadir pada majlis itu, Hadir samam isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Ab Rahman ;Ketua Umno Alor Gajah, Datuk Abd Ghaafar Atan; Setiusaha BN Negeri, Datuk Wira Hamdin Abdollah ; Timbalan Ketua Umno bahagian , Datuk Ab Wahab Ab Latip; Naib Ketua bahagian, Nordin Ali serta Ketua bahagian, Nordin Ali serta Ketua Wanita Umno Alor Gajah, Datuk Norpipah Abdol.


Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Norpipah Abdol, menggesa para pemimpin wanita UMNO diperingkat akar umbi mengamalkan budaya 4K1P iatu kejayaan, kesihatan, kerelaan,kasih sayang dan perkaduan. Katanya, konsep ini berguna diamalkan oleh setiap pemimpin wanita oleh setiap pemimpin wanita UMNO disemua peringkat kerana budaya itu berkesan mendekati hati rakyat untuk terus memperjuangkan nasib mereka tanpa mengira kaum selaras gagasan 1 Malaysia.


Thursday, January 21, 2010



Seramai 50 murid cemerlang Ujian Pemcapaian Sekolah Rendah(UPSR) 2009 daripada sembilan sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di sini, diraikan pada majlis khas yang berlangsung di Dewan Kompleks Japerun, Rembia.

Selain diraikan, pelajar berkenaan turut menerima sijil dan wang sagu hati daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Wanita dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia.

Antara sekolah yang mencatat keputusan cemerlang ialah SK alor Gajah 1, SK Dato' Naning, SK Sungai Petai, SK Rembia, SR(A) JAIM Jelatang,SJK(T) Rembia, SJK(C) Kiow Min,SJK (C) Alor Gajah dan SJK (T) Alor Gajah dan SJK (T) Alor Gajah.

Monday, January 18, 2010




Dalam usaha untuk melihat sendiri pelbagai masalah dan isu yang dihadapi masyarakat setempat yang diwakilinya, Datuk Norpipah (ADUN) Rembia mengadakan program kunjungan dari rumah ke rumah pada setiap Jumaat.

Program yang juga dikenalikan sebagai lawatan mesra itu bermula jam 9.30 pagi dan berlarutan sehingga sebelum solat jumaat. Ia turut disertai oleh pelbagai wakil jabatan dan agensi kerajaan selain pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Norpipah yang juga Exco kerajaan negeri ketika ditemui berkata, program berkenaan diadakan secara tidak rasmi pada setiap hari berkenaan antara lain bertujuan untuk mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk di kawasan diwakilinya. Katanya, ia juga sebagai sebahagian program untuk bertemu rakyat di kawasannya dengan lebih dekat lagi disamping dapat melihat sendiri kepayahan dan keperitan yang dialami oleh mereka, sekali gus menyalurkan bantuan diperlukan.


Monday, January 4, 2010




" Prasarana yang disediakan kerajaan ini harus dimafaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang kaum dan usia, bagi merancakkan lagi aktiviti kemasyarakatan dan menyemarakkan semangat perpaduan," katanya selepas majlis penyampaian kunci gelanggang futsal Taman Sutera, dekat sini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kelemak, Shaari Othman danPengerusi Persatuan Penduduk Taman Sutera, Abdullah Majid.
Norpipah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia berkata, penyediaan pelbagai kemudahan untuk membolehkan rakyat beridah itu juga adalah membuktikan kerajaan sentiasa mengutamakan kesejateraan dan kemakmuran pihak terbabit.
Katanya, menerusi kemudahan itu juga kerajaan berharap penduduk di kawasan terbabit akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.
"Kita berharap penduduk di Taman ini dapat menggunakan kemudahan ini bersama-sama dan menjaganya dengan sebaik mungkin bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk bagi merapatkan hubungan siraturahim," katanya.