Monday, January 18, 2010




Dalam usaha untuk melihat sendiri pelbagai masalah dan isu yang dihadapi masyarakat setempat yang diwakilinya, Datuk Norpipah (ADUN) Rembia mengadakan program kunjungan dari rumah ke rumah pada setiap Jumaat.

Program yang juga dikenalikan sebagai lawatan mesra itu bermula jam 9.30 pagi dan berlarutan sehingga sebelum solat jumaat. Ia turut disertai oleh pelbagai wakil jabatan dan agensi kerajaan selain pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Norpipah yang juga Exco kerajaan negeri ketika ditemui berkata, program berkenaan diadakan secara tidak rasmi pada setiap hari berkenaan antara lain bertujuan untuk mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk di kawasan diwakilinya. Katanya, ia juga sebagai sebahagian program untuk bertemu rakyat di kawasannya dengan lebih dekat lagi disamping dapat melihat sendiri kepayahan dan keperitan yang dialami oleh mereka, sekali gus menyalurkan bantuan diperlukan.