Tuesday, July 14, 2009



Sempena Pertandingan Sepak Takraw

Anjuran Kelab Sukan Komuniti

Norpipah berucap pada perasmian Sepak Takraw di Dewan Pejabat Daerah Alor Gajah, mengucapkan tahniah kepada kumpulan-kumpulan yang bertandingan. Aktiviti sebegini menarik para belia dari semua kaum bersatu menunjukan bakat yang ada. Daripada penyertaan yang sungguh mengalakkan ini membantu para belia mengelakkan diri daripada aktiviti yang tidak berfaedah.

Pasukan dari Kelemak B muncul sebagai juara telah mnewaskan pasukan dari Kelemak H dengan 2-0.Manakala pasukan Sg Petai muncul sebagai tempat ke tiga.

Wednesday, June 24, 2009

YB BERSAMA MCA RUMBIA MELAWAT KAWASAN RUMBIA..



TIDAK KETINGGALAN BANGSA CINA JUGA MENERIMA SUMBANGAN DARI NORPIPAH (AHLI UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA). 5 ORANG DARI KAWASAN REMBIA MENERIMA SUMBANGAN BANTUAN MAKANAN. ANTARA PENERIMA SUMBANGAN ADALAH LIM YEN PENG,TAY NIONG,NGE KIM, FOO YEOK KYEE, LIOW AH YIN. MEREKA DARI GOLONGNAN OKU, PENYAKIT DIABETIS,WARGA EMAS, SAKIT BUAH PINGGANG.


HARI TERBUKA HOSPITAL MELAKA SEMPENA ULANG TAHUN KE-75

TARIKH: 20/06/09 (SABTU)


Norpipah berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Hospital Besar Melaka, ini kerana perlakuan dan cara kakitangan melayan pesakit menjadi perhatian masyarakat." Cara kita melayan dan bercakap dengan pelanggan, masa menunggu dan sifat respontif serta proaktif kita, semuanya menjadi perhatian masyarakat." Setiap aduan yang diterima daripada pelanggan merupakan maklum balas untuk kita kenal pasti kelemahan, seterusnya mengambil tindakan menambah baik dan mengelakkan kekurangan penyampaian perkhidmatan yang berulang,"

Norpipah berkata,sumber manusia adalah tunggak hala tuju HM, jadi kakitanganhendaklah bersikap profesional, berpengatahuan, berkemahiran, bekerja berpasukan, inovatif danmempuyai nilai-nilai positifsupaya lebih responsif kepada pelanggan disamping memenuhi piagam dan kehendak pelanggan.

Sementara itu, HM yang menyambut Jubli Intan semlam, telah menerima anugerah ISO dan penugerahan pensijilan Akreditasi. HM juga pernah memperoh anugerah Ketua Setiusaha Negara Sektor Awam dan Anugerah Emas dan Juara ICC di peringkat wilayah.



Majlis Gotong Royong Di Sg Pengkalan.

Setiap Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan JKKK krususnya di daerah Alor Gajah disaran supaya menganjurkan gotong royong sekurangnya dua kali sebulan. Norpipah juga berkata, langkah itu bagi memastikan persekitaran berada pada tahap bersih untuk mengelakan pembiakan nyamuk Aedes. "Soal kebersihan dan mengelakan pembiakan nyamuk aedes sudah banyak kalindiberitahu, namun kadang kala kepekaan dan keinginan hendak melaksanakan keinginan hendak melaksanakan sahaja bergantung kepada diri individu ini sendiri. Dalam kita mengejar

Melaka Maju 2010, seharusnya semua pihak memikirkan langkah terbaik supaya bersih. Hadir sama Yang Dipertua MPAG, Nordin Ali, Pengerusi Persatuan Perikanan Malaysia (MYWP), Datuk Ir Syed Muhammad Shahbudin dan Naib Pengerusi Wanita Umno Bahagian Alor Gajah, Hasnah Salam.


Sunday, June 21, 2009

Program Info Bestari dan Persembahan Pentarama.
Tempat: Padang Rumah Awam Rembia.
Tarikh:17/06/2009
Seramai 50 orang warga emas dan fakir miskin telah menerima sumbangan berupakan bahan keperluan harian sempena Program Info Bestari dan Persembahan Pentarama. Sumbangan tersebut telah disamapaikan Yb Pn Hjh Norpipah Binti Abdol.
Program tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Pnerangan Melaka dengan kerjasama Komuniti Bestari Dun Rembia dan Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undanagn Negeri(JAPERUN)Rembia.
Pelbagai acara yang mencerminkan '1Malaysia' telah diadakan, antaranya pertandingan, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam,pertandingan masakan kuih tradisional dan sukaneka melibatakan acara rebutvkerusi, boling buah klapa, cari duit dalam tepong membabitkan semua kaum.
Program telah diserikan lagi dengan persembahan pentarama pada sebelah malamnya dengan penampilan artis-artis popular tanah air.