Thursday, December 24, 2009




NGO perlu aktif salur maklumat..


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu lebih agresif memberi maklumat kepada masyarakat setempat khususnya kesihatan yang kurang dititik beratkan pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol berkata, langkah mencegah terutama melibatkan penyakit kronik perlu diketahui lebih awal sementara masyarakatsetempat jangan pandai menyalahkan pihak kerajaan ataupertubuhan NGO jika tidak mengambil langkah pencegahan awal.

" Kita harus rajin dan kerap bertemu doktor atapun orang perseorangan yang faham tentang cegahan penyakit kronik. Jangan bila sudah teruk dan doktor menjangkakan tempoh hidup tidak lama barukelam kabut mencari penawar," katanya selepas melancarkan Kembara Kesedaran Kanser Peringkat Bahagian Alor Gajah di Dewan Japerun Rembia.






Tuesday, December 8, 2009

JADIKAN MELAKA BEBAS DARIPADA DENGGI


Norpipah semasa melawat pameran

Sikap segelintir masyarakat yang tidak ambil peduli tentang tempat-tempat berpotensi yang membolehkan nyamuk Aedes membiak, menyukarkan matlamat utama menjadikan Melaka bebas dari denggi. Jesteru itu semua pihak perlulah prihatin dan komited dalam usaha untuk mencapai matlamat ini bagi membendung wabak ini.


AKTIVITI MASA LAPANG BERI HASIL LUMAYAN

Wahab, Rohana dan Norpipah ketika menunjukan hasil cili

Wahab bersama Norpipah diiringi Rohana memetik cili


Projek tanaman cili diusahakan yang pada awalnya sekadar mengisi masa lapang, akhirnya tumbuh subur di kawasan belankang rumahnya di Kampung Tebat.