Thursday, December 24, 2009




NGO perlu aktif salur maklumat..


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu lebih agresif memberi maklumat kepada masyarakat setempat khususnya kesihatan yang kurang dititik beratkan pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol berkata, langkah mencegah terutama melibatkan penyakit kronik perlu diketahui lebih awal sementara masyarakatsetempat jangan pandai menyalahkan pihak kerajaan ataupertubuhan NGO jika tidak mengambil langkah pencegahan awal.

" Kita harus rajin dan kerap bertemu doktor atapun orang perseorangan yang faham tentang cegahan penyakit kronik. Jangan bila sudah teruk dan doktor menjangkakan tempoh hidup tidak lama barukelam kabut mencari penawar," katanya selepas melancarkan Kembara Kesedaran Kanser Peringkat Bahagian Alor Gajah di Dewan Japerun Rembia.