Monday, January 4, 2010




" Prasarana yang disediakan kerajaan ini harus dimafaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang kaum dan usia, bagi merancakkan lagi aktiviti kemasyarakatan dan menyemarakkan semangat perpaduan," katanya selepas majlis penyampaian kunci gelanggang futsal Taman Sutera, dekat sini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kelemak, Shaari Othman danPengerusi Persatuan Penduduk Taman Sutera, Abdullah Majid.
Norpipah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia berkata, penyediaan pelbagai kemudahan untuk membolehkan rakyat beridah itu juga adalah membuktikan kerajaan sentiasa mengutamakan kesejateraan dan kemakmuran pihak terbabit.
Katanya, menerusi kemudahan itu juga kerajaan berharap penduduk di kawasan terbabit akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.
"Kita berharap penduduk di Taman ini dapat menggunakan kemudahan ini bersama-sama dan menjaganya dengan sebaik mungkin bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk bagi merapatkan hubungan siraturahim," katanya.