Wednesday, June 24, 2009

YB BERSAMA MCA RUMBIA MELAWAT KAWASAN RUMBIA..



TIDAK KETINGGALAN BANGSA CINA JUGA MENERIMA SUMBANGAN DARI NORPIPAH (AHLI UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA). 5 ORANG DARI KAWASAN REMBIA MENERIMA SUMBANGAN BANTUAN MAKANAN. ANTARA PENERIMA SUMBANGAN ADALAH LIM YEN PENG,TAY NIONG,NGE KIM, FOO YEOK KYEE, LIOW AH YIN. MEREKA DARI GOLONGNAN OKU, PENYAKIT DIABETIS,WARGA EMAS, SAKIT BUAH PINGGANG.


HARI TERBUKA HOSPITAL MELAKA SEMPENA ULANG TAHUN KE-75

TARIKH: 20/06/09 (SABTU)


Norpipah berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Hospital Besar Melaka, ini kerana perlakuan dan cara kakitangan melayan pesakit menjadi perhatian masyarakat." Cara kita melayan dan bercakap dengan pelanggan, masa menunggu dan sifat respontif serta proaktif kita, semuanya menjadi perhatian masyarakat." Setiap aduan yang diterima daripada pelanggan merupakan maklum balas untuk kita kenal pasti kelemahan, seterusnya mengambil tindakan menambah baik dan mengelakkan kekurangan penyampaian perkhidmatan yang berulang,"

Norpipah berkata,sumber manusia adalah tunggak hala tuju HM, jadi kakitanganhendaklah bersikap profesional, berpengatahuan, berkemahiran, bekerja berpasukan, inovatif danmempuyai nilai-nilai positifsupaya lebih responsif kepada pelanggan disamping memenuhi piagam dan kehendak pelanggan.

Sementara itu, HM yang menyambut Jubli Intan semlam, telah menerima anugerah ISO dan penugerahan pensijilan Akreditasi. HM juga pernah memperoh anugerah Ketua Setiusaha Negara Sektor Awam dan Anugerah Emas dan Juara ICC di peringkat wilayah.



Majlis Gotong Royong Di Sg Pengkalan.

Setiap Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan JKKK krususnya di daerah Alor Gajah disaran supaya menganjurkan gotong royong sekurangnya dua kali sebulan. Norpipah juga berkata, langkah itu bagi memastikan persekitaran berada pada tahap bersih untuk mengelakan pembiakan nyamuk Aedes. "Soal kebersihan dan mengelakan pembiakan nyamuk aedes sudah banyak kali diberitahu, namun kadang kala kepekaan dan keinginan hendak melaksanakan keinginan hendak melaksanakan sahaja bergantung kepada diri individu ini sendiri. Dalam kita mengejar

Melaka Maju 2010, seharusnya semua pihak memikirkan langkah terbaik supaya bersih. Hadir sama Yang Dipertua MPAG, Nordin Ali, Pengerusi Persatuan Perikanan Malaysia (MYWP), Datuk Ir Syed Muhammad Shahbudin dan Naib Pengerusi Wanita Umno Bahagian Alor Gajah, Hasnah Salam.


Sunday, June 21, 2009

Program Info Bestari dan Persembahan Pentarama.
Tempat: Padang Rumah Awam Rembia.
Tarikh:17/06/2009
Seramai 50 orang warga emas dan fakir miskin telah menerima sumbangan berupakan bahan keperluan harian sempena Program Info Bestari dan Persembahan Pentarama. Sumbangan tersebut telah disamapaikan Yb Pn Hjh Norpipah Binti Abdol.
Program tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Pnerangan Melaka dengan kerjasama Komuniti Bestari Dun Rembia dan Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undanagn Negeri(JAPERUN)Rembia.
Pelbagai acara yang mencerminkan '1Malaysia' telah diadakan, antaranya pertandingan, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam,pertandingan masakan kuih tradisional dan sukaneka melibatakan acara rebutvkerusi, boling buah klapa, cari duit dalam tepong membabitkan semua kaum.
Program telah diserikan lagi dengan persembahan pentarama pada sebelah malamnya dengan penampilan artis-artis popular tanah air.



Majlis Penutup Kursus Tatacara Persidangan Cawangan dan Pelembagaan UMNO di Dewan Japerun Machap.


Norpipah berkata, pertandingan mencari ahli baru di peringkat cawangan perlu digerakan dari sekarang, dan penghargaan patut diberi kepada Pergerakan Puteri yang berjaya mencari ramai ahli baru. Saya berharap Puteri disini dapat meneruskan kesinambungan perjuangan UMNO dan bersama-sama melaksanakan matlamat parti demi memartabatkan bangsa, agama, dan negara. Puteri juga perlu memikirkan langkah terbaik untuk menjadi pelapis yang benar-benar memahami erti perjuangan.

Hadir bersama, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Alor Gajah, Jaafar Nekmat dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah, Rozilahwati Kalil bersama barisan jawatankuasa Puteri Bahagian dan cawangan.

Monday, June 15, 2009

Penyerahan mesin CO kepada Abd Karim bin Sarmusid yang berumur 82tahun, yang mengidap penyakit 'Chronic Obstrusctive Airway Disease'(COAD) yang memerlukan bantuan mesin Oksigen sentiasa. Kini beliau berasa gembira kerana telah memperolehi mesin CPenyerahan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembaguanan Keluarga dan Kesihatan Negeri, Norpipah Abdol hadir bersama Pengarah Hospital Alor Gajah, Dr Adibah Ibrahim, Pengawai Perubatan Wad Hospital Alor Gajah, Dr Kumutha Krishnan, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Alor Gajah, Tan kim Hock dan isteri Abd. Karim, Zainon Yusof

Sunday, June 14, 2009



PERTANDINGAN BOLA SEPAK

ANJURAN PEMUDA SG PETAI
Majlis telah di rasmikan oleh YB Pn Hjh Norpipah Abdol di Padang Japerun Rembia pada
31 mei 2009
Pasukan daripada Selamba FC muncul juara, sekali gus maeraih wang tunai RM500 serta piala. Pasukan Selamba FC telah dapat menewaskan pasukan Arena Veteran Rembia dengan 3-0 dalam pelawanan akhir di Padang Japerun Rembia.

Sebanyak 8 pasukan bola sepak dari Dewan Undangan Negeri(DUN) Rembia telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Monday, June 1, 2009


Alor Gajah, 31 Mei- Lebih 400 pelajar membabitkan 11 buah Tadika JAIM zon tersebut dengan disertai 14 acara sukaneka yang di adakan di Kompleks berkenaan. Dimana Tadika terbabit telah dipertandingkan pada sukaneka itu temasuk acara untuk ibu bapa serta guru-guru. Ibu bapa perlu memastikan gerak fizikal anak-anak yang dihantar ke sekolah supaya berada dalam keadaan terjaga dan sempurna. Norpipah berkata, langkah itu bagi memastikan segala aspek terutama faktor pemakanan anak-anak di waktu pagi terjaga dan bertenaga ketika hendak belajar.
Beliau berkata, untuk memastikan anak-anak ini mengikut proses pemakanan yang betul, sudah tentu ibu bapa harus memainkan peranan bersama, bukan bergantung kepada guru sahaja.
"Soal pemakanan dan pembelajaran dan pemakanan perlu diambil tau, seiring dengan proses penerimaan mental dan fizikal mereka agar sentiasa terjaga,"katanya. Beliau berucap semasa perasmian penutup Sukaneka Tadika Jaim di Kompleks Japerun Rembia Alor Gajah.







Lawatan Kasih Mesra
7 WARGA EMAS DAN 4 ORANG PELAJAR CEMERLANG.








Rembia, 27 Mei- Kunjungan YB Hjh Norpipah, Pegawai Kebajikan ADUN,Setiausaha JAPERUN,pegawai KEMAS, dan Ahli jawatankuasa kawasan Rembia membuat lawatan Kasih Mesra ke 7 buah rumah warga emas dan 4 orang pelajar cemerlang UPSR di kawasan Kg Rembia.

Sumbangan yang disamapaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, YB Hjh Norpipah Binti Abdol berbentuk barang dapur dan wang RM100 kepada 7 warga emas iaitu Abdul Rahman bin Gabenor(94thn),Ahmad bin Abu(85thn),Nor Bte Idris(76thn),Tijah bte Abu(76),Kepah Bte Salleh(92thn),Minhad bin Abu(83thn),
Leha(75thn).
Norpipah Berkata, lawatan ini dibuat bagi mengenang jasa warga emas dan penduduk dengan harapan rakyat bahagia Negara sejatera.beliau juga berharap kepada pelajar-pelajar dapat belajar lagi gigih dengan harapan saguhati yang diberi dapat memberi suntikan semangat untuk terus berjaya.

Lebih 500 Orang Jururawat Diraikan
Pada Sambutan Jururawat Sedunia kali ke 110 Peringkat Negeri Melaka.


24 Mei - Jururawat perlu lebih kreatif serta inovatif dalam memastikan pelanggannya mendapat penjagaan yang baik dan sempurna. Norpipah berkata setiap jururawat bertugas perlu meletakan diri merekan seiring dengan kemajuan perubatan dan penjagaan kesihatan masakini supaya tidak ketinggalan.
Menurutkannya, bagi menempuh cabaran dalam bidang ini, setiap jururawat perlu sentiasa membuat kajian dan mencari hasil penemuan yang baru dalam memperkayakan lagi bidang tersebut.
"Saya menyeru setiap juru setiap jururawat supaya dapat membuat banyak penyelidik kerana hasil penemuan kajian yang mereka hasilkan itu, pasti akan memberikan kita lebih banyak maklumat.
Disamping itu, kita juga boleh jadikan penemuan terbaru itu sebagai asas atau bukti dalam setiap kerja yang dilakukan, sekalib gus mengambilnya sebagai proses penambahbaikkan.