Monday, June 1, 2009

Lawatan Kasih Mesra
7 WARGA EMAS DAN 4 ORANG PELAJAR CEMERLANG.








Rembia, 27 Mei- Kunjungan YB Hjh Norpipah, Pegawai Kebajikan ADUN,Setiausaha JAPERUN,pegawai KEMAS, dan Ahli jawatankuasa kawasan Rembia membuat lawatan Kasih Mesra ke 7 buah rumah warga emas dan 4 orang pelajar cemerlang UPSR di kawasan Kg Rembia.

Sumbangan yang disamapaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, YB Hjh Norpipah Binti Abdol berbentuk barang dapur dan wang RM100 kepada 7 warga emas iaitu Abdul Rahman bin Gabenor(94thn),Ahmad bin Abu(85thn),Nor Bte Idris(76thn),Tijah bte Abu(76),Kepah Bte Salleh(92thn),Minhad bin Abu(83thn),
Leha(75thn).
Norpipah Berkata, lawatan ini dibuat bagi mengenang jasa warga emas dan penduduk dengan harapan rakyat bahagia Negara sejatera.beliau juga berharap kepada pelajar-pelajar dapat belajar lagi gigih dengan harapan saguhati yang diberi dapat memberi suntikan semangat untuk terus berjaya.