Monday, June 1, 2009


Alor Gajah, 31 Mei- Lebih 400 pelajar membabitkan 11 buah Tadika JAIM zon tersebut dengan disertai 14 acara sukaneka yang di adakan di Kompleks berkenaan. Dimana Tadika terbabit telah dipertandingkan pada sukaneka itu temasuk acara untuk ibu bapa serta guru-guru. Ibu bapa perlu memastikan gerak fizikal anak-anak yang dihantar ke sekolah supaya berada dalam keadaan terjaga dan sempurna. Norpipah berkata, langkah itu bagi memastikan segala aspek terutama faktor pemakanan anak-anak di waktu pagi terjaga dan bertenaga ketika hendak belajar.
Beliau berkata, untuk memastikan anak-anak ini mengikut proses pemakanan yang betul, sudah tentu ibu bapa harus memainkan peranan bersama, bukan bergantung kepada guru sahaja.
"Soal pemakanan dan pembelajaran dan pemakanan perlu diambil tau, seiring dengan proses penerimaan mental dan fizikal mereka agar sentiasa terjaga,"katanya. Beliau berucap semasa perasmian penutup Sukaneka Tadika Jaim di Kompleks Japerun Rembia Alor Gajah.