Monday, June 1, 2009

Lebih 500 Orang Jururawat Diraikan
Pada Sambutan Jururawat Sedunia kali ke 110 Peringkat Negeri Melaka.


24 Mei - Jururawat perlu lebih kreatif serta inovatif dalam memastikan pelanggannya mendapat penjagaan yang baik dan sempurna. Norpipah berkata setiap jururawat bertugas perlu meletakan diri merekan seiring dengan kemajuan perubatan dan penjagaan kesihatan masakini supaya tidak ketinggalan.
Menurutkannya, bagi menempuh cabaran dalam bidang ini, setiap jururawat perlu sentiasa membuat kajian dan mencari hasil penemuan yang baru dalam memperkayakan lagi bidang tersebut.
"Saya menyeru setiap juru setiap jururawat supaya dapat membuat banyak penyelidik kerana hasil penemuan kajian yang mereka hasilkan itu, pasti akan memberikan kita lebih banyak maklumat.
Disamping itu, kita juga boleh jadikan penemuan terbaru itu sebagai asas atau bukti dalam setiap kerja yang dilakukan, sekalib gus mengambilnya sebagai proses penambahbaikkan.