Wednesday, September 9, 2009

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat sakit teruk/ komplikasi
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat virus ini adalah:
* Kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.
* Mereka yang berusia lebih 65 tahun.
* Kanak-kanak dan remaja (kurang dari 19 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi tempoh lama.
* Wanita hamil.
* Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit saraf, dan gangguan metabolik seperti diabetis.
* Orang sewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubat-ubatan tertentu, pesakit kanser, HIV dan sebagainya.
* Penghuni pusat kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain.
* Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)

Penjegahan umum:

Secara umunya, orang ramai mesti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, terutama selepas batuk atau bersin tangan atau sebelum menyentuh, mata, hidung, dan mulut. Elakkan kerap menyentuh, mata, hidung dan mulut. Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang digunakan di tempat betul. Jika anda menpunyai gejala selsema, pakaian penutup mulut dan hidung jika terpaksa keluar rumah.Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elakkan daripada pergi ke tempat sesak, terutama pasar malam dan pasar raya, jika tiada keperluan. Semperna tiba Ramadan ini, elakkan pergi ke tempat sesak seperti pasar Ramadan jika tiada keperluan. Bagi yang mahu mengerjakan solat Tarawih pula, bawa tisu bersama-sama, jika bersin tutup mulut dengan tisu.