Wednesday, August 12, 2009

SEMINAR ANJURAN PERZIM DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PEMBAGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MENERUSI JABATAN PEMBAGUNAN WANITA NEGARA.

11 Ogos- Karisma golongan wanita di dalam pelbagai bidang berjaya menjadikan Malaysia lebih dikenali dan dihormati. Kejayaan beberapa tokoh wanita dalam bidang lakonan,sukan, dan pentadbiran seperti Datuk Michelle Yeoh, Datuk Nicol David, Datin Paduka Sharifah Mazlina dan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membuktikan wanita Malaysia setaraf dengan tokoh-tokoh wanita di dunia.

Seramai 300 peserta menyertai seminar anjuran PERZIM dengan kerjasama Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Pembagunan Wanita Negeri. Program sehari itu akan membentangkan lima kertas mengenai peranan wanita dalam pembagunan negara termasuk mengenai sejarah perjuangan wanita dalam mencapai kemerdekaan.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga pengarah perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Wira Hambin Abdollah, pengurus Besar PERZIM, Khamis Abas, Pemangku Pengarah Jabatan Pembagunan Wanita Negeri, Irine Anak Andrew Ganggang, dan Pejuang Kemerdekaan Malaysia, Datuk Fatimah Ahmad.