Monday, July 27, 2009



Sahrizat mendengar luahan hati daripada adik mendiang.


Shahrizat bersama Chone Siew Hua( ibu mendiang)

ALOR GAJAH GAJAH, 22 JULAI- Menteri Pembagunan Wanita, Senator Datuk Seri Sharizat Abd Jalil melalui Kementeriannya mewakili Wanita Barisan Nasional (BN) mengucapakan takziah kepada tunang dan keluarga mediang, Teoh Beng Hock.
Katanya, kematian Beng Hock dalam usia mudanya merupakan kejadian yang sangat tragis bukan sahaja keluarga mediang, malahan orang ramai.
"Wanita BN amat simpati terhadap keluarga mediang kerana kematian ini amat menyedihkan semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama," katanya kepada pemberita selepas menziarah keluarga mendiang di rumahnya di Taman Seri Kelemak, disini, semalam.
Katanya, siasatan secara menyeluruh akan dapat dilakukan dan keputusan yang saksama oleh semua pihak amat perlu.
" Biar pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut undang-undang sedia ada, kejadian ini menjadikan isu dan bermacam-macam andaian, sepatutnya biar polis menyiasat insiden itu," katanya.
Selain itu, katanya, kementerian Pelajaran akan dimaklumkankan hasrat tunangnya ingin bertukar sekolah dari Semenyeh ke Batu Pahat, Johor dan perkara ini akan dimaklum kepada Menteri Pelajaran dan kerajaan akanbantu beliau dalam urusan pertukaran tempatmengajar secepat mungkin.
Turut hadir Ahli Undangan Negeri (ADUN) Rembia Norpipah Abdol, ADUN Taboh Naning, Latifah Omar, Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Hasnah Salam termasuk para pemimpin BN.