Tuesday, April 1, 2008

PENGENALAN

Kawasan Dewan Undangan Negeri Rembia terletak dalam kawasan Parlimen Alor Gajah, Melaka. YB. Pn. Hjh. Norpipah Bte Abdol merupakan wakil rakyat kawasan ini selepas memenangi kerusi ini pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Wakil rakyat sebelum ini adalah YB. Datuk Hj. Ab. Wahab Bin Ab. Latip yang kini menjadi wakil rakyat DUN Durian Tunggal.

Nama asal Dewan Undangan Negeri Rembia ialah DUN Kelemak. Ianya telah ditukar nama dan diubah kawasannya dalam persempadan semula kawasan pilihanraya pada tahun 1994 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan diberi nama baru iaitu DUN Rembia.

Wakil Rakyat pertama bagi DUN Rembia ialah YB. Datuk Wira Hj. Hamdin Abdollah iaitu dari tahun 1995 hingga 2004 (2 penggal).

DUN Rembia meliputi 3 buah Mukim iaitu Kelemak, Sg.Petai dan Rembia termasuk Bandar Alor Gajah dengan keluasan 5,234 hektar.

Jumlah pengundi berdaftar sehingga Feb '08 bagi DUN ini ialah 10,946 orang (Melayu seramai 6,922 orang = 63.24%, Cina seramai 2,459 orang = 22.46%, India seramai 1,551 orang = 14.17% dan lain-lain bangsa 14 orang = 0.13 %).

Kawasan DUN Rembia mempunyai 6 JKKK, 11 Cawangan UMNO, 7 Cawangan MCA dan 7 Cawangan MIC, ianya merupakan kubu kuat BN sejak beberapa dekat yang lalu. Sebelum Pilihan Raya tahun 1999, kesemua Calon Pembangkang hilang Wang Pertaruhan mereka dalam Pilihan Raya Umum yang diadakan.